Siaran Media
PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI TERENGGANU
33 Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu
Tel: 09-6203314, 09-6203313 Faks: 09-6203311
_________________________________________________________________________________________________
Kepada : Semua Editor/ Pihak Media
Perkara : Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Dato’ Mustafa Ali
Di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu
Jam 1.00 pm
Tarikh : 8 Zulhijjah 1429/ 6 Disember 2008
____________________________________________________________________________
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua media yang datang.
Saya nak sebut tentang bahawa pilihanraya yang sudah diumumkan tarikh 6 Januari (Penamaan Calon) dan 17 Januari (Pilihanraya) yang diumumkan oleh SPR.
Dari operasi di peringkat negeri, jentera pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pengerusinya ialah Dato’ Wan Mutalib. Semua pimpinan utama berada di bawahnya. Antaranya Harun Taib dan Dato’ Abu Bakar Chik. Dari segi jentera, kita ‘set up’ dan mereka akan bekerja ‘full swing’ sebab dah ditubuhkan.
Satu perkara yang saya hendak memperingatkan walaupun kita terima baik tarikh ini, tetapi saya mahu, bagi PAS supaya SPR buktikan. Ini peluang SPR buktikan bahawa pilihanraya ini boleh dijalankan secara bebas dan adil.’Free and Fair’., sebab boleh dikatakan sepanjang masa yang lalu, kita tak dapat melihat pilihanraya yang benar-benar ‘free and fair’.
Oleh itu, sempena SPR mempunyai pengerusi baru, biarlah pengerusi baru memulakan tugas beliau melaksanakan pilihanraya kecil Kuala Terengganu menjadi contoh satu pilihanraya yang telus dan adil.
Saya mahu lihat, bebas dan adil bukan sekadar pada cakap. Tapi, pada perlaksanaan. Biarlah kita lawan sesama parti. Pakatan rakyat khususnya PAS melawan BN khususnya UMNO. Bukan sebuah kerajaan menggunakan apa yang mereka punya untuk berlawan dengan kita sebagaimana masa-masa yang lalu.
Kalau ini dapat dilaksanakan, maka, mungkin kalau ini betul-betul, ia akan menjadi ‘benchmark’ kepada ‘free and fair election’ pada masa-masa akan datang.
Saya minta kepada pimpinan UMNO supaya masuk pilihanraya ini secara ‘gentleman’. Jangan ada ugutan-ugutan, sama ada melalui agensi kerajaan atau apa-apa saja.
Saya tidak boleh nak kata UMNO tidak menggunakan duit. Ini memang kerja dia.Budaya dia. Saya tidak boleh sebut kalau bukan sifatnya. Dia akan guna duit, tapi, ada peraturan yang dia kena ‘honour’. Maknanya kena had perbelanjaan. Supaya dia tengok, perkara-perkara sebegini.
Bagi kita ada langkah-langkah yang kita ambil kalau pimpinan UMNO melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang sebab kita ada jawatankuasa dalam jentera iaitu ‘Jawatankuasa Legal’ (undang-undang). Pengarahnya orang legal (undang-undang), dan kita ada ‘legal’ khusus melihat bagaimana perlanggaran undang-undang dan akan bertindak berdasarkan undang-undang.
Saya mahu biarlah kita melihat secara gentlemen,mengikut peraturan,secara beradab berdasarkan kepada apa yang menjadi panduan yang semua orang sebut ‘free and fair’ dalam sistem demokrasi yang kita amalkan.
1 comment:
http://bnkterengganu.blogspot.com
Post a Comment