Sunday, December 14, 2008

AMK pastikan tiada arahan keganasan

KUALA TERENGGANU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu akan memastikan tidak akan ada sebarang arahan keganasan daripada pihaknya dalam pilihan raya kecil, 17 Januari depan.

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, pihaknya akan memastikan anggota AMK sentiasa bertindak atas saluran undang-undang bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menolak situasi sedemikian akan berlaku sekiranya ada pihak tertentu yang cuba membawa ‘pengundi hantu’ untuk membantu calon dalam pilihan raya.

“Kalau tidak mahu berlaku, jangan bawa pengundi hantu bagi mengelakkan berlakunya perkara tersebut dan tidak elok sekiranya perkara itu berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Walaupun begitu, Fariz memberitahu bahawa pihaknya mengalu-alukan usaha Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan pembersihan pada 4 Disember lalu namun memberitahu akan menyemaknya semula melalui Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep).

No comments: