Kuala Terengganu - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Razali Ismail yang meninggal dunia secara mengejut pada petang kelmarin.
Beliau berkata kematian Dato’ Razali itu hanya diketahui beliau apabila mengesahkannya melalui ipar Allahyarham, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azmi Lop Yusuf.
Beliau turut rasa terkejut dengan pemergian Allahyarham Dato’ Razali kerana menurutnya beliau sudah kenal lama dan rapat dengan Allahyarham ditambah mempunyai pertalian keluarga.
“Saya memang terkejut dan memang tak pernah tahu tentang penyakitnya, memang saya rapat dengan dia (Razali) dan saya ada hubungan keluarga di antara isteri saya dengan isteri beliau.
“Bagi pihak PAS Terengganu, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan diharap masing-masing dapat bersabar,” ujarnya kepada pihak media.
Diminta mengulas lanjut tentang Allahyarham semasa menjawat jawatan Menteri Pelajaran, Dato’ Mustafa berpendapat Allahyarham seorang yang komited serta bersungguh dalam melaksanakan tugasnya.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak dapat turut serta menziarahi keluarga Allahyarham kerana berada di tanah suci bersama Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob.
Hadir sama menziarahi Allahyarham Dato’ Razali, Bendahari PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Naib Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Haji Shukrimun Shamsudin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment