Monday, December 8, 2008

Bom Jangka Pertelingkahan Perkauman Adalah Dari Kalangan BN


Kenyataan Media Pengerusi Jawatankuasa Jentera Pilihanraya PAS bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu , Dato’ Abdul Wan Mutalib Embong.
____________________________________________________________________


Kita telah menggerakkan (mobilize) ahli-ahli kita dan sudah siap semua jentera kita.
Selepas kita siap di peringkat negeri kita ada di peringkat Kawasan, DUN dan UPU, semuanya telah ditubuhkan dan mereka telah pun bermesyuarat mengikut tugas dan fungsi masing-masing.


Sehingga hari ini semangat ahli-ahli adalah tingi dan belum ada halangan-halangan

InsyaAllah kita akan membuat pelancaran jentera pilihanraya pada 11 hb Disember akan datang dan disini kita akan jadikan markaz besar pilihanraya.


Perbezaan kempen kali ini adalah kerana kawasan ini kecil, orang yang berminat ramai, kesesakan akan berlaku dan kedua belah pihak akan memberikan tumpuan masing-masing.


Pilihanraya kecil ini akan menjadi penanda aras (benchmark) kepada kita.
Dalam keadaan kita punya political landscape sudah berubah dan Terenggangu tidak bersama-sama dengan Tsunami politik pantai barat. Mungkin sekarang ini mungkin berbeza.


Daripada keputusan yang lalu yang kita dapati sepanjang perjalanan pilihanraya dikawasan Kuala Terengganu ini memanglah pertandingan dan perebutan hebat.


Perubahan politik dan keputusan pilihanraya bukan semestinya daripada luar kerana kekuatan parti-parti itu ada dalam kawasan ini.

Kita akan terus mendekati pengundi-pengundi bukan melayu daalm pilihanraya kecil ini kera ia adalah kerusi parlimen berbeza dengan pilihanraya dulu (pilihanraya umum) dimana DUN Bandar itu orang-orang cina merasakan mereka perlu satu wakil dari etnik mereka tapi sekarang ini kita rasa ianya lebih bebas.


Kerana ini adalah parlimen dan kita membawa suara negeri dan apakah kekurangan-kekurangannya yang dibuat atau dilakukan oleh kerajaan pusat misalnya pengkhianatan demokrasi berparlimen.

Bila kita menang pada tahun 1999 dia rampas hasil minyak kita ini satu yang paling tidak demokratik (very undemocratic) ini kita kena sampaikan lagi di parlimen.

Kemudiannya yang kedua, kemiskinan yang berterusan walaupun kita mendapat hasil banyak tapi rakyat Terengganu masih lagi termiskin kedua di Malaysia tidak ada sebab (no reason) ini kita kena sampaikan kepada parlimen secara positif


Yang ketiganya kemudahan-kemudahan infrastruktur di negeri Terengganu sendiri, maknanya penumpuan bukannya kepada mega projek yang tidak memberi keuntungan dan manafaat kepada rakyat secara langsung seperti Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam

Yang mana kita lihat sekarang ini infrastruktur dalam Bandar dan sekitar pinggir bandar masih lagi terlalu jauh kebelakang bila hujan lebat sikit sudah ada banjir yang tidak sepatutnya banjir ini adalah kegagalan-kegagalan dan kealpaan yang dilakukan oleh BN ini antara isu-isu yang besar yang kita akan kemukakan kepada rakyat


Kita ada beberapa mekanisma kita ada kelab penyokong yang kita akan sentiasa di segarkan (revitalized) yang kedua kita ada pakatan DAP dan pakatan rakyat sendiri yang pelbagai bangsa (multiracial) ketiga-tiga pakatan ini akan memberi wajah pelbagai bangsa (multiracial pelbagai kaum (multiethnic).

UMNO dan BN pergi kepada kelas-kelas tertentu, Melayu, Cina dan India, tetapi kita parti kita sendiri memiliki asas yang pelbagai bangsa, pelbagai kaedah perlbagai (multiracial multiapproach).

Tidak semestinya kita hanya bergantung kepada DAP dan PKR untuk berkempen kepada bukan Islam sebab parti kita Islam memberi kesejahteraan dan manafatat kepada semua, Islam untuk semua, membawa rahmat seluruh, tidak ada lagi compartmentalization berdasarkan bangsa.

Berkaitan isu Negara Islam, Negara Islam sebagai maksud nya adalah baik (as it is per say it is alright), tetapi ia masih dilihat dan telah dimanipulasi (but it is still read and it is still manipulated).

Dikatakan Negara Islam itu akan mencengkam akan merosakkan bukan Islam sedang Islam tidak ada ajaran begitu.


Kalau tidak takkan semua seluruh Afrika dan sekarang ini Michael Jackson pun masuk Islam, even celebrity and that stage melihat bahawa kebenaran datang dari islam kita harap keseluruhan ini akan pergi kepada setiap individu.

Dan sekarang ini kita lihat kegagalan di Malaysia kita sekarang ini ditimpa pertelingkahan kelompok bangsa (communal racial clashes) telah dilakukan oleh UMNO dan BN (is done by the UMNO dan BN)

Tengok kenyataan Chua Soi Lek, apa yang dia katakan, mereka adalah dari kerajaan yang memerintah (they are from the government), dia (Chua) pernah menjadi menteri kabinet ( he was in the government), macamana bila dia tak dapat jawatan dia luahkan perkataan begitu, maknanya bomb jangka adalah dari kalangan BN dan bukannya dari luar BN (time-bomb is within the BN not outside the BN)

No comments: