Thursday, December 4, 2008

Mesyuarat Khas SPR Jumaat ini tentukan tarikh pilihan raya kecil

Kuala Terengganu - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan badan itu akan bermesyuarat Jumaat depan, 5 Disember, bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil (PRK)Parlimen Kuala Terengganu

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini memberitahu notis kekosongan bagi kerusi Parlimen tersebut telah pun dihantar ke SPR.

”Mesyuarat khas ini akan menetapkan tarikh mengendalikan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang kosong," kata Pemangku Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil tersebut akan diadakan pada tahun ini juga, Wan Ahmad berkata: "Biar kami putuskan pada mesyuarat itu nanti."

No comments: